File:Pemasyhuran Kemerdekaan Malaya 1957.jpeg
原始文件 (2,366 × 3,186像素,文件大小:1.98 MB,MIME类型:image/jpeg)
摘要
描述Pemasyhuran Kemerdekaan Malaya 1957.jpeg |
English: The declaration of Malaya's Independence written in Jawi script, displayed in the National Museum, Malaysia Bahasa Melayu: ڤمشهوران كمرديكاءن تانه ملايو دالم توليسن جاوي، دڤاميركن د موزيوم نݢارا Transliteration in Rumi Pemasyhuran kemerdekaan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya Bahawasanya, oleh kerana telah tiba lah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia. Dan bahawasanya, oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa Negeri-Negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta Negeri-Negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi Negeri-Negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan baginda di atas kedua-dua buah Negeri yang tersebut itu. Dan bahawasanya, oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau pun salah seorang daripada baginda-baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuatkuasa-kuatkuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen atau pun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu atau pun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu atau pun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya. Dan bahawasanya, oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuatkuasanya. Dan bahawasanya, oleh kerana sebuah perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya. Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen. Dan bahawasanya, oleh kerana perlembagaan persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan suatu Undang-Undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan Undang-Undang yang diadakan oleh Negeri-Negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian perlembagaan itu telah berjalan kuatkuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957. Maka dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wata’ala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa. Kuala Lumpur 31 Hari bulan Ogos tahun 1957 Signature Perdana Menteri Declaration of Independence In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful. Praise be to Allah, the Lord of the Universe and may the blessings and peace of Allah be upon His Messengers. Whereas the time has now arrived when the people of the Persekutuan Tanah Melayu will assume the status of a free independent and sovereign nation among nations of the World And whereas by an agreement styled the Federation of Malaya Agreement, 1957, between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers of the Malay States it was agreed that the Malay States of Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu and Perak and the former Settlements of Melaka and Pulau Pinang should as from the 31st day of August, 1957, be formed into a new Federation of States by the name of Persekutuan Tanah Melayu And whereas it was further agreed between the parties to the said agreement that the Settlements of Melaka and Pulau Pinang aforesaid should as from the said date cease to form part of Her Majesty’s dominions and that Her Majesty should cease to exercise any sovereignty over them. And whereas it was further agreed by the parties aforesaid that the Federation of Malaya Agreement, 1948, and all other agreements subsisting between Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers or any one of them immediately before the said date should be revoked as from the date and that all powers and jurisdiction of Her Majesty or of the Parliament of the United Kingdom in or in respect of the Settlements aforesaid or the Malay States or the Federation as a whole should come to an end And whereas effect has been given to the Federation of Malaya Agreement, 1957, by Her Majesty the Queen, Their Highnesses the Rulers, the Parliament of the United Kingdom and the Legislatures of the Federation and of the Malay States And whereas a constitution for the Government of the Persekutuan Tanah Melayu has been established as the supreme law thereof And whereas by the Federal Constitution aforesaid provision is made to safeguard the rights and prerogatives of Their Highnesses the Rulers and the fundamental rights and liberties of the people and to provide for the peaceful and orderly advancement of the Persekutuan Tanah Melayu as a constitutional monarchy based on Parliamentary democracy And whereas the Federal Constitution aforesaid having been approved by an Ordinance of the Federal Legislatures, by the Enactments of the Malay States and by resolutions of the Legislatures of Melaka and Pulau Pinang has come into force on the 31st day of August 1957, aforesaid Now In the name of Allah the Compassionate, the Merciful, I Tunku Abdul Rahman Putra ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Prime Minister of the Persekutuan Tanah Melayu, with the concurrence and approval of Their Highnesses the Rulers of the Malay States do hereby proclaim and declare on behalf of the people of the Persekutuan Tanah Melayu that as from the thirty first day of August, nineteen hundred and fifty seven, the Persekutuan Tanah Melayu comprising the States of Johor, Pahang, Negeri Semblian, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka and Pulau Pinang is and with Allah’s blessing shall be for ever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people and the maintenance of a just peace among all nations. Kuala Lumpur, 31st Day of August 1957 Signature Prime Minister |
||
日期 | |||
来源 | 自己的作品 , image taken in National Museum of Malaysia | ||
作者 | Orhanghazi | ||
授权 (二次使用本文件) |
|
许可协议
- 您可以自由地:
- 共享 – 复制、发行并传播本作品
- 修改 – 改编作品
- 惟须遵守下列条件:
- 署名 – 您必须对作品进行署名,提供授权条款的链接,并说明是否对原始内容进行了更改。您可以用任何合理的方式来署名,但不得以任何方式表明许可人认可您或您的使用。
- 相同方式共享 – 如果您再混合、转换或者基于本作品进行创作,您必须以与原先许可协议相同或相兼容的许可协议分发您贡献的作品。
此文件中描述的项目
描绘内容
某些值没有维基数据项目
佳能 EOS 1000D 中文(已转写)
12 9 2014
文件历史
点击某个日期/时间查看对应时刻的文件。
日期/时间 | 缩略图 | 大小 | 用户 | 备注 | |
---|---|---|---|---|---|
当前 | 2016年4月14日 (四) 03:01 | 2,366 × 3,186(1.98 MB) | Orhanghazi | User created page with UploadWizard |
文件用途
以下页面使用本文件:
全域文件用途
以下其他wiki使用此文件:
- ar.wikipedia.org上的用途
- en.wikipedia.org上的用途
- id.wikipedia.org上的用途
- ms.wikipedia.org上的用途
- ms.wikisource.org上的用途
- nl.wikipedia.org上的用途
- www.wikidata.org上的用途
元数据
此文件含有额外信息,这些信息可能是创建或数字化该文件时使用的数码相机或扫描仪所添加的。如果文件已从其原始状态修改,某些详细信息可能无法完全反映修改后的文件。
相机制造商 | Canon |
---|---|
相机型号 | Canon EOS 1000D |
曝光时间 | 1/30秒(0.033333333333333) |
光圈值 | f/4 |
感光度(ISO) | 800 |
数据生成日期时间 | 2014年9月12日 (五) 15:05 |
镜头焦距 | 27毫米 |
方向 | 正常 |
水平分辨率 | 72 dpi |
垂直分辨率 | 72 dpi |
文件修改日期时间 | 2014年9月12日 (五) 15:05 |
曝光程序 | 未定义 |
Exif版本 | 2.21 |
数字化日期时间 | 2014年9月12日 (五) 15:05 |
每个色彩组分意义 |
|
APEX快门速度 | 5 |
APEX光圈 | 4 |
APEX曝光补偿 | 0 |
最大光圈 | 4 APEX(f/4) |
测光模式 | 多区 |
闪光灯 | 闪光灯未点亮 |
修改时间厘秒数 | 76 |
数据生成时间厘秒数 | 76 |
数字化时间厘秒数 | 76 |
支持的Flashpix版本 | 1 |
色彩空间 | sRGB |
焦平面X分辨率 | 4,438.3561643836 |
焦平面Y分辨率 | 4,445.96875 |
焦平面分辨率单位 | 英寸 |
自订图像处理 | 普通处理 |
曝光模式 | 自动曝光 |
白平衡 | 自动白平衡 |
场景拍摄类型 | 标准 |
使用的镜头 | Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS |
相机序列号 | 1780310088 |